TamDeen Eduventures Sdn Bhd merupakan salah sebuah syarikat yang memfokuskan kepada pembangunan ekosistem pendidikan Islam kontemporari yang holistik, inovatif dan bertaraf global.

Kami komited menjadi peneraju dalam menyediakan penyelesaian pendidikan yang menghubungkan institusi, industri dan komuniti melalui rangkaian kerjasama strategik di dalam serta luar negara. Dengan berpaksikan nilai-nilai Islam. TamDeen berusaha melahirkan modal insan yang berilmu, berakhlak, berkemahiran dan mampu bersaing di peringkat antarabangsa.